Thursday 30 April 2015

SELEPAS BERSENAM ANDA MAKAN APA?

APA YANG ANDA PERLU MAKAN SELEPAS BERSENAM






Apa yang anda makan dan minum selepas bersenam & bila  boleh meninggalkan impak yang besar kepada prestasi anda yang seterusnya.

Apakah yang anda makan sebaik sahaja anda selesai bersenam? 

Kebanyakan atlet menjaga pemakanan mereka dengan baik sebelum bersenam, tetapi selepas itu, bagi sesetengahnya ‘semuanya disapu’. Mengambil makanan dan minuman yang tepat dari segi nutrisi selepas bersenam bukan sahaja menambah semula bekalan tenaga yang semakin mengurang, ia juga membantu agar badan anda bersedia untuk pusingan aktiviti yang seterusnya. Sekiranya anda secara keseluruhannya bersenam secara intensif, apa yang anda makan & bila boleh mendatangkan perbezaan dalam prestasi anda secara keseluruhannya.

Ingat bahawa mentenagakan diri anda semula ini tertumpu terutamanya bagi mereka yang bersenam secara berpanjangan dan melakukan senaman berat. Sekiranya aktiviti biasa anda adalah berjalan setiap hari atau berenang untuk jangka masa yang pendek, hidangan dan snek biasa anda sudah mencukupi asalkan diet anda sihat dan seimbang, Namun pengambilan air mesti mencukupi.

Menambah semula cecair dan garam selepas bersenam
Apabila anda bersenam, berpeluh menyebabkan anda kehilangan garam yang penting dalam badan seperti natrium dan kalium, yang perlu diganti. Banyak atlet yang maju dalam sukannya mengamalkan tabiat menimbang diri mereka sebelum dan selepas senaman, untuk mengira berapa banyak cecair yang perlu diganti. Bagi setiap satu kilogram yang anda susut semasa aktiviti senaman, anda seharusnya minum sebanyak 1 Liter cecair.

Minum apa selepas bersenam
Air sudah mencukupi untuk menggantikan cecair, memandangkan anda akan makan selepas itu. yang bermakna anda akan mendapat karbohidrat, natrium (dan mungkin juga sedikit kalium) dari makanan anda. Bagi mereka yang tak selalunya minum cecair kalori tinggi, ini mungkin satu-satu masanya mereka minum air buah, kerana ia menyediakan cecair, karbohidrat dan, bergantung kepada buah yang dikisar, kalium juga. Minuman sukan bagus kerana ia bukan sahaja menyediakan cecair dan karbohidrat, tetapi garam yang seimbang yang juga hilang melalui peluh. Dan ia mempunyai perisa yang ringan dan manis yang selalunya menggalakkan anda minum lebih banyak.

Badan anda memerlukan karbohidrat selepas bersenam
Semasa senaman intensif, badan anda membakar banyak karbohidrat, "bahan bakar" utama yang meneruskan perjalanan otot anda, dan ia menjadi penting untuk mentenagakan diri anda semula secepat mungkin. Jumlah yang dicadangkan ialah lebih kurang 1.4 gram karbohidrat bagi setiap kilogram berat badan. Lebih kurang 100 gram karbohidrat bagi seorang yang berat badannya 75 kg. Karbohidrat sihat – buah-buahan, bijrin penuh dan karbohidrat semula jadi dalam produk tenusu – merupakan cara yang terbaik untuk memulakan snek selepas bersenam.

Badan anda memerlukan protein selepas bersenam
Sejumlah protein walau sedikit juga penting untuk pemulihan semula, kerana ia merangsang pembaikan dan pertumbuhan otot selepas senaman berat. Dalam kebanyakan kes, lebih kurang 10 gram protein sudah mencukupi. Hidangan atau snek selepas bersenam yang ideal mengandungi kombinasi karbohidrat dan protein yang sihat, kerana itulah atlet mengambil makanan seperti sandwic roti bijirin penuh, yogurt dan buah-buahan, shake protein yang dibuat dengan susu dan buah-buahan, atau minuman pemulihan yang dirumuskan secara khusus.

Masa hidangan juga penting
Apabila anda bersenam, otot-otot anda menjadi sensitif kepada nutrien yang tersedia – dan sensitiviti ini tahan untuk tempoh masa yang terhad sahaja. Itulah sebabnya banyak atlet yang mahu mengoptimumkan pemulihan otot akan menumpukan perhatian kepada “tingkap metabolik” – tempoh waktu lebih kurang 30-45 minit selepas bersenam, semasa itu anda seharusnya mengambil karbohidrat dan protein anda. Semasa waktu kritikal ini selepas anda bersenam, sel otot anda lebih sensitif kepada kesan insulin, hormon yang membantu anda menghantar asid (dari protein) ke dalam sel anda. Insulin juga bertindak memajukan karbohidrat ke dalam sel, di mana ia disimpan dalam bentuk glikogen. Penyimpanan karbohidrat ini kemudiannya akan digunakan bagi menyediakan tenaga untuk otot yang bekerja bagi pusingan aktiviti yang seterusnya. Dan sebaik sahaja penyimpanan tenaga ini mula digunakan, anda boleh bersenam secara berterusan selama lapan jam sekiranya anda terus menyediakan badan anda dengan bekalan karbohidrat setiap dua jam.


Susan Bowerman ialah Pengarah Latihan Nutrisi di Herbalife. Susan ialah Pakar Diet Berdaftar dan Pakar Lembaga-Diperakui dalam Dietetik Sukan




HUBUNGI SAYA COACH PENGURUSAN BERAT BADAN / COACH SKIN UNTUK MENDAPATKAN : 

- ANALISA BADAN 
- PELAN PEMAKANAN
- KHIDMAT NASIHAT
- ANALISA KULIT  
SKIN SPA PARTY

SHIMA : 017 -3279436


hidup secara sihat,  coach herbalife malaysia, coach herbalife felda soeharto, coach herbalife tanjung malim, coach herbalife terbaik, jurulatih herbalife, ahli bebas herbalife, coach herbalife slim river, coach herbalife kuala kubu bharu, gaya hidup sihat, diet sihat, shake herbalife, JK1M, 1 Malaysia, fitness, coach herbalife UPSI, herbalife student, coach herbalife student malaysia, senarai harga produk herbalife, resepi diet sihat, coach universiti pendidikan sultan idris, peluang pendapatan pelajar graduan,hidup secara sihat,  coach herbalife malaysia, coach herbalife felda soeharto, coach herbalife tanjung malim, coach herbalife terbaik, jurulatih herbalife, ahli bebas herbalife, coach herbalife slim river, coach herbalife kuala kubu bharu, gaya hidup sihat, diet sihat, shake herbalife, JK1M, 1 Malaysia, fitness, coach herbalife UPSI, herbalife student, coach herbalife student malaysia, senarai harga produk herbalife, resepi diet sihat, coach universiti pendidikan sultan idris, peluang pendapatan pelajar graduan saya jual herbalife, online coaching, saya nak gemuk, petua naik berat, petua tradisional, testimoni herbalife, herbalife universiti pendidikan sultan idris, herbalife sport, harga herbalife, mahal atau murah, sukan herbalife, #gemukisawesome,

No comments:

Post a Comment