Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki
metabolisme yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisme yang
rendah. sebenarnya itu tidak benarseratus peratus. Metabolisme saja tidak menentukan
berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan KALORI yang DIAMBIL
dengan KALORI yang DIBAKAR.
Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang
diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang
daripada jumlah yang diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma
sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori & bertindak seakan penimbang
yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma
adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal
ini, kalori dari karbohidrat, lemak & protein bergabung dengan oksigen
untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.
Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan
ketidakseimbangan tenaga & pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi
mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan
makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau
kedua-duanya sekali.
Faktor Mempengaruhi Kalori Keperluan Anda
Saiz Tubuh & Komposisinya
Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan
lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu,
otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot
yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.
Usia
Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan & lemak
membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara
semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.
Jantina
Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding
wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia & sama
beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik
& membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.
Tip Kurangkan Kalori
Kemampuan anda untuk mengubah asas
metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam &
melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.
Senaman aerobik yang kerap seperti
berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori.
Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan
kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu oto membakar lebih banyak
kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun
senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan
sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.
Setiap hari luangkan beberapa ketika
untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta,
mengemas rumah juga membantu membakar kalori & menyumbangkan kepada
penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga & berjalan dari tempat letak
kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.
Jangan ambil makanan tambahan
(supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa
boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada
kesihatan.
Baca lebel setiap produk begini dengan
berhati-hati & dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk
sebegini.
SUMBER : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/496-kalori-seimbang-antara-penentu-berat-badan.html
HUBUNGI SAYA COACH PENGURUSAN BERAT
BADAN / COACH SKIN UNTUK MENDAPATKAN :
-
ANALISA BADAN
-
PELAN PEMAKANAN
-
KHIDMAT NASIHAT
-
ANALISA KULIT
- SKIN
SPA PARTY
SHIMA : 017 -3279436
hidup
secara sihat, coach herbalife malaysia,
coach herbalife felda soeharto, coach herbalife tanjung malim, coach herbalife
terbaik, jurulatih herbalife, ahli bebas herbalife, coach herbalife slim river,
coach herbalife kuala kubu bharu, gaya hidup sihat, diet sihat, shake
herbalife, JK1M, 1 Malaysia, fitness, coach herbalife UPSI, herbalife student,
coach herbalife student malaysia, senarai harga produk herbalife, resepi diet
sihat, coach universiti pendidikan sultan idris, peluang pendapatan pelajar
graduan,hidup secara sihat, coach
herbalife malaysia, coach herbalife felda soeharto, coach herbalife tanjung
malim, coach herbalife terbaik, jurulatih herbalife, ahli bebas herbalife,
coach herbalife slim river, coach herbalife kuala kubu bharu, gaya hidup sihat,
diet sihat, shake herbalife, JK1M, 1 Malaysia, fitness, coach herbalife UPSI,
herbalife student, coach herbalife student malaysia, senarai harga produk
herbalife, resepi diet sihat, coach universiti pendidikan sultan idris, peluang
pendapatan pelajar graduan saya jual herbalife, online coaching, saya nak
gemuk, petua naik berat, petua tradisional, testimoni herbalife, herbalife
universiti pendidikan sultan idris, herbalife sport, harga herbalife, mahal
atau murah, saya coach, coach herbalife malaysia, herbalife politeknik, kerja
kosong herbalife, herbalife sukan, sukan olimpik, sukan sea, kesihatan
malaysia, online coaching, gemuk is awesome, petua jerawat, resepi sedap,
hilang jerawat, cepat turun berat badan, @twtgemuk,
No comments:
Post a Comment