Monday, 23 March 2015

SAYA INGIN MENGURUSKAN BERAT BADAN, SAYA INGIN MEMILIKI KULIT DAN RAMBUT YANG SIHAT - PRODUK PENYELESAIAN KAMI

PENGURUSAN BERAT BADAN
Hidup secara Sihat


Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Anda
oleh : Luigi Gratton M.D.,  M.P.H. 




Apabila ibu kita memberitahu kita untuk makan buah-buahan & sayur-sayuran, mereka memberi nasihat yang betul. Ia merupakan bahagian penting dalam diet kita, menyediakan pelbagai vitamin & mineral untuk pelbagai fungsi penting dalam badan.


   :) Tidak mendapat Mesejnya.
 Sejak beberapa tahun yang lalu, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat telah mencadangkan makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan & sayur-sayuran sehari. Namun, hanya 1 dalam 7 mencapai kuota ini. Malah 1 per 3 daripada orang dewasa Amerika makan hanya 2 hidangan buah-buahan & sayur-sayuran sehari & 4 kali lebih cenderung untuk memilih makanan ringan yang diproses. Pada hari-hari yang tertentu, kira-kira separuh penduduk tidak makan buah-buahan langsung. 

    :) Satu Busyel (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=busyel) Sebab
Ada sebab untuk makan pelbagai warna dari rak hasil kebun. Buah-buahan & sayur-sayuran hampir bebas lemak, rendah garam & sumber serat yang baik. Sesetengah buah-buahan & sayur-sayuran, seperti lobak & tembikai, membekalkan vitamin A, yang membekalkan kesihatan mata & imuniti. Buah-buahan lain & sayur-sayuran seperti pisang & bayam, mengandungi kalium yang diperlukan untuk fungsi saraf & otot. Sayur-sayuran hijau seperti brokoli & asparagus, menyediakan vitamin B yang diperlukan untuk menukar  makanan kepada tenaga. Tetapi sayur-sayuran & buah-buahan mengandungi fitonutrien, komponen tumbuh-tumbuhan yang menggalakkan kesihatan. Kajian sainstifik  menunjukkan bahawa  boleh membantu melindungi 7 organ utama, termasuk mata, jantung, hati & kulit & ia juga boleh bertindak sebagai bahan antioksida.  

   :)  Perlindungan Antioksida
Penyelidikan semasa telah mengukur jumlah kuasa bahan antioksida pelbagai makanan, menyebut buah-buahan & sayur-sayuran sebagai berada di bahagian atas senarai. Antioksida melindungi badan kita daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada membran sel. Bahan antioksida juga meningkatkan imuniti kita, membantu menguatkan otot kita & menyokong kesihatan tulang & kulit. Memandangkan makan hidangan harian yang disyorkan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan produk Herbalife melindungi kesihatan anda dengan fitonutrien berkuasa & manfaat bahan antioksida yang ditemui dalam dalam 7 hidangan buah-buahan & sayur-sayur yang berwarna-warni. Ia juga menyokong organ-organ penting anda dengan menyediakan mereka dengan nutrien yang sama. 

Oleh itu,  cuba untuk memupuk tabiat makan banyak hasil kebun setiap hari. Ia adalah salah satu daripada bantuan yang terbesar yang boleh anda buat untuk badan anda.


Dr. Gratton juga berkhidmat sebagai naib presiden hal ehwal perubatan di Herbalife.
* Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Food and Drug Administration. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

SUMBER : http://health.herbalife.com.my/ms/health-articles/targeted-nutrition/fruits-veggies


HUBUNGI SAYA 
COACH PEGURUSAN BERAT BADAN 
AHLI BEBAS HERBALIFE
 
  SHIMA : 017 - 3279436


Coach Herbalife terbaik Malaysia, Herbalife tanjung malim, Herbalife sungai besar, Herbalife slim river, kurus, sarapan sihat, resepi kurus, Herbalife soeharto, Herbalife gedangsa, Herbalife sungai tengi, Herbalife kuala kubu Bharu, Herbalife kalumpang, Herbalife Proton city, Herbalife student, Herbalife Upsi, Herbalife politeknik slim river, gemuk, berisi, air, formula 1shake, Herbalife Felda, SKIN Herbalife, jerawat, kusam, 



Thursday, 12 March 2015

TIP KECERGASAN HERBALIFE


MENGAPA PERLU AKTIF

 Aktiviti fizikal yang kerap mempunyai banyak manfaat. Ia MUJARAB dalam melawan STRES. Ia boleh membantu menjaga Berat Badan & mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kronik yang utama. Faedah tambahan termasuk Tenaga semakin meningkat, Tulang & Otot yang lebih kuat, Tidur yang lebih nyenyak, Bentuk Badan yang lebih cantik, ransangan kepada kesejahteraan mental & perubahan dalam pandangan anda terhadap kehidupan.

Untuk TIP Pantas :

  1. Memperbaharui Komitmen Anda kepada gaya hidup yang sihat. Berfikir tentang meningkatkan jenis aktiviti yang berkesan untuk gaya hidup anda & yang boleh dibina masuk dengan mudah ke dalam hari anda. Pastikan anda membaca berita & maklumat       kecergasan, seperti artikel mengenai senaman ini. laksanakan pelan kecergasan anda hari ini !
  2. Senaman Aerobik penting untuk sistem kardiovaskular. Ia didefinisikan oleh pergerakan berulang-ulang seperti berlari, berenang atau berbasikal. Ia juga boleh menguatkan otot. Menggabungkan sedikit latihan aerobik & rintangan adalah lebih baik untuk rutin harian anda.
  3. Tetapkan matlamat kecil khusus yang anda boleh capai secara kekal (seperti mengurangkan 5 peratus daripada berat badan atau bersenam 3 kali dalam seminggu dan lain-lain). Minum Teh Hijau (yang membantu menggalakkan penurunan berat badan). Snek dengan makan buah-buahan & sayur-sayuran segar sepanjang hari anda.
  4. Senaman yang berterusan penting untuk otot & tulang yang sihat. Ia juga membina kekuatan. Ia didefinisikan oleh aktiviti dengan cetusan tenaga singkat, seperti angkat berat, bermain sukan bahkan menolak mesin pemotong rumput. sebaik-baiknya, anda memerlukan senaman rintangan & aerobik untuk memastikan badan anda beroperasi dikemuncaknya.
  5. Cara mudah berkesan untuk menjadi cergas anda tidak perlu menyertai gimnasium. Jika anda menjadi lebih aktif dalam kehidupan harian anda - seperti meletakkan kereta anda lebih jauh, mendaki tangga daripada menaiki lif, atau pun berjalan ke meja rakan sekerja & bukannya menghantar e-mel kepada mereka - anda akan menjadi cergas dengan lebih cepat.
  6. Metabolisme anda tidak menjadi perlahan dengan usia. Apabila seseorang itu meningkat umurnya, mereka kurang melakukan latihan kekuatan & boleh kehilangan jisim otot tanpa lemak. Lebih banyak jisim otot tanpa lemak yang anda miliki, lebih tinggi metabolisme anda - & lebih cepat anda kehilangan berat badan. Pertingkatkan tahap senaman & aktiviti setiap tahun, & anda akan pada masa yang sama mengekalkan kekuatan otot, mengekalkan metabolisme anda & memaksimumkan kehilangan berat badan yang sihat.
  7. Sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti sederhana intensiti, sekurang-kurangnya 5 kali setiap minggu, akan menjadikan anda aktif secara fizikal. Anda boleh membahagikan setiap setengah jam kepada 3 sesi 10 minit. Jika 30 minit tidak boleh dicapai sekarang, mulakan dengan apa yang anda boleh lakukan & secara beransur-ansur menambahnya.
  8. Hidratkan diri sendiri dengan meminum sekurang-kurangnya 2Liter air setiap hari. Adalah lebih penting untuk minum air sebelum, semasa & selepas bersenam walaupun hanya senaman intensiti rendah ia masih memerlukan anda terhidrasi dengan baik.
  9. Berehat di antara waktu bersenam & memberikan masa untuk badan pulih.



















 AHLI BEBAS HERBALIFE
 
   SHIMA : 017-3279436




coach herbalife malaysia, coach herbalife felda soeharto, coach herbalife tanjung malim, coach herbalife terbaik, jurulatih herbalife, ahli bebas herbalife, coach herbalife slim river, coach herbalife kuala kubu bharu, gaya hidup sihat, diet sihat, shake herbalife, JK1M, 1 Malaysia, fitness, 





Sunday, 1 March 2015

MAKLUMAT NUTRISI OLEH : SUSAN BOWERMEN



BAGAIMANA UNTUK MENCERGASKAN DIRI DENGAN MAKANAN?
   

     MAHU BERASA LEBIH CERGAS?
     UNTUK MEMANTAPKAN TENAGA & FOKUS
     MENTAL ANDA,
     ANDA PERLU MENGAMBIL MAKANAN YANG BETUL,
     PADA WAKTU YANG TEPAT.


Apabila anda berasa tenaga mentalanda semakin menyusut & pertuturan anda berasa kurang lancar, Cuba fikirkan semula
·         Bilakah kali terakhir anda makan?
·         Adakah anda minum dengan cukup?

Melangkau hidangan, hidangan yang tak seimbang, dan penyahhidratan,  kesemuanya boleh menyusutkantenaga & fokus mental anda. (Dan jangan lupa bahawa mendapatkan tidur yang mencukupi adalah sebahagian daripada keseimbangan yang perlu diambil kira juga)

Bagaimana apa yang anda makan memberi kesan kepada tenaga mental anda?
Apakah sebenarnya tenaga mental? Ia sebenarnya mempunyai beberapa ciri – termasuk mood/emosi keseluruhan anda, motivasi anda, di samping juga perhatian & fokus anda. Apabila tenaga mental anda menjadi ligat, diet anda berkemungkinan besar menyumbang kepada keadaan ini. Berikut adalah bahan-bahan renungan untuk ‘mencergaskan pemikiran’ anda.

Apakah yang perlu dimakan untuk memantapkan tenaga mental anda sepanjang hari?

·         Karbohidrat mentenagakan otak anda
Glukosa, yang diperoleh daripada karbohidrat dalam diet anda, merupakan satu-satunya “bahan bakar” yang secara lumrahnya menjadi makanan kepada sel otak anda. Selepas dicernakan semasa proses pencernaan, karbohidrat menyerap ke dalam aliran darah sebagai glukosa (“gula darah” anda).

Memandangkan otak anda aktif 24/7, ia mempunyai tuntutan tenaga yang tinggi – lebih tinggi daripada sel-sel lain di dalam badan anda. Dan, kerana sel otak  tidak boleh menyimpan glukosa, otak anda memerlukan bekalan yang berterusan. Makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran & bijian sempurna, mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan, menyebabkan glukosa dilepaskan secara beransur-ansur ke dalam sistem anda, & juga ke otak anda.

Sebaliknya, hidangan karbohidrat halus – seperti makanan berkanji, bergula – sebenarnya boleh memakan diri anda. Disebabkan makanan seperti ini dicernakan dengan pantas, anda akan mengalami kenaikan gula darah, yang selalunya diikuti dengan kejatuhan mendadak.



·         Otak anda memerlukan bahan bakar pada jangka masa yang tetap.
Memandangkan otak anda memerlukan sumber tetap glukosa, maka ia menjadi penting bagi anda untuk makan pada jangka masa yang tetap sepanjang hari untuk mengelakkan tenaga mental anda menjunam. Sasarkan untuk mengambil hidangan kecil & snek yang sihat setiap 3-4 jam.

·         Otak anda memerlukan sarapan.
Banyak yang telah diperkatakan mengenai kepentingan sarapan, dan memberi otak anda ransangan merupakan lagi satu sebab kenapa perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagiialah mentenagakan diri anda. Walaupun dalam keadaan tidur, otak anda terus bekerja sepanjangmalam, membakar bahan bakar, menyebabkab tangki “glukosa” hampir kosong menjelang pagi. Bantulah otak anda & mulakan hari anda berbekalkan sarapan seimbang dengan karbohidrat & protein yang sihat.

·         Protein yang terbaik untuk otak anda.
Walaupun otak anda tidak menggunakan protein secara langsung sebagai bahan bakar, ia menggunakan asid amino yang diperoleh daripada protein yang anda makan untukmenghasilkan kimia otak yang penting. Dopamin, kimia otak yang menggalakkan kecergasan & aktiviti otak diperoleh daripada tyrosina, asid amino yang ditemui dalam ayam, ikan, produk tenusu, kacang & bijian. Sementara serotonin, yang menggalakkan perasaan tenang & kepuasaan diperoleh daripada triptofan yang ditemui dalammakanan laut, produk-produk tenusu & kacang soya.

·         Minuman terbaik untuk otak.
Apabila badan anda ternyahhidrat, ia boleh memberi kesan kepada mood & tahap tenaga   anda. Penyahhidratan ringan mengurangkan kecergasan & kebolehan anda untuk menumpukan perhatian, & apabila anda akhirnya berasa haus, tenaga mental anda sebenarnya telah pun menyusut. Air ialah pilihan yang bagus, tetapi kopi & teh yang diambil secara bersederhana juga baik untuk anda. Minuman yang mengandungi kafeina boleh membantu dalam memfokus & menumpukan perhatian – tetapi dinasihatkan di ambil dalam jumlah yang sedikit. Anda perlu menghidrasikan diri dengan teratur, makan secara seimbang, & memantau respons anda sendiri kepada kafeina yang anda ambil. Jika ia membuatkan anda berasa gementar & menyebabkan anda berjaga pada waktu malam, anda perlu mengurangkan pengambilannya. Menggunakan kafeina untuk merangsang otak anda pada siang hari tidak berguna jika ia mengganggu tidur yang nyenyak pada waktu malam.







SUMBER : HERBALIFE HUB 11_2014



AHLI BEBAS HERBALIFE MALAYSIA


SHIMA : 017 3279436



coach herbalife malaysia, coach herbalife terbaik, coach pengurusan berat badan, herbalife selangor, herbalife soeharto, herbalife sungai tengi, herbalife tanjung malim, herbalife gedangsa, herbalife sungai panjang, herbalife slim river, herbalife upsi, cantik, sihat, diet seimbang, slim, nak gemuk, nak kurus, herbalife malaysia, herbalife kuala kubu bharu, herbalife kalumpang,



SUATU KEPERLUAN SEMULA JADI

SUATU KEPERLUAN SEMULA JADI

Kelembapan adalah penting bagi memastikan kulit & rambut kita sentiasa kelihatan
sihat, lembut & beralun.

HERBALIFE AQUA
menawarkan kelembapan secukupnyaa kepada rambut anda dari akar rambut sehingga ke hujung rambut. Gabungan botani semula jadi dengan teknologi rumusan HERBALIFE AQUA terkini, menyihatkan & menyerikan rambut anda dari dalam sehingga ke luar


            Rasakan kelembapannya dari dalam...
                 Rasakan perbezaannya dalam rambut... 


1.      LEMBUT menjaga rambut & kulit kepala
Bebas daripada sulfat & paraben formula lembut kami akan membantu rambut anda mengekalkan tahap kelembapan yang sihat.

2.      SARI dari botani
Sebatian ekstrak rumpai laut untuk mengkhasiatkan rambut anda.

3.      MUDAH untuk dibilas, MUDAH untuk dikhasiatkan
Formula syampu yang mudah dibilas, perapi yang mudah dioleskan pada hujung rambut bagi menambahkan lagi khasiat. Nikmatilah kelebihan produk dengan sepenuhnya.


HERBALIFE AQUA SYAMPU [SHAMPOO] (UNTUK SEMUA JENIS RAMBUT)
§  Mengekalkan rambut & kulit kepala bersih & sihat
§  Mengekalkan tahap kelembapan untuk rambut yang lebih sihat
§  Rumusan bebas paraben & sulfat sesuai untuk penggunaan harian
§  Wangian buah-buahan hijau mengekalkan rambut dalam bauan segar sepanjang hari.

HERBALIFE AQUA PERAPI [CONDITIONER] ( UNTUK SEMUA JENIS RAMBUT)
ü  Mengekalkan rambut & kulit kepala lembut & lembap
ü Memelihara kutikel serta membalut rambut dengan alunan yang memberikannya keserian & kelembutan
ü  Wangian buah-buahan hijau mengekalkan rambut dalam bauan segar sepanjang hari
ü  Sesuai untuk penggunaan harian



PENAFIAN : Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, Mencegah
 Atau 
Mengubat Mana-Mana Penyakit 





 SUMBER : Spectacular_Workbook_BM 2014





AHLI BEBAS HERBALIFE MALAYSIA


SHIMA : 017 3279436



coach herbalife malaysia, coach herbalife terbaik, coach pengurusan berat badan, herbalife selangor, herbalife soeharto, herbalife sungai tengi, herbalife tanjung malim, herbalife gedangsa, herbalife sungai panjang, herbalife slim river, herbalife upsi, cantik, sihat, diet seimbang, slim, nak gemuk, nak kurus, herbalife malaysia, herbalife kuala kubu bharu, herbalife kalumpang,


FORMULA 1 NUTRITIOUS MIXED SOY POWDER DRINK Diuji GI Rendah


FORMULA 1 NUTRITIOUS MIXED SOY POWDER DRINK

Diuji GI Rendah



GI (INDEKS GLISEMIK)

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink Herbalife telah diuji & terbukti GI Rendah*.
Indeks Glisemik (GI) merupakan ukuran yang dibuat atas makanan yang mengandungi karbohidrat & impaknya ke atas gula dalam darah kita.

Indeks Glisemik (GI) merupakan pengukuran karbohidrat pada skala 0 hingga 100 mengikut takat di mana ia meningkatkan tahap gula dalam darah selepas dimakan. Makanan GI Rendah, atas dasar ia mencerna & menyerap dengan lebih perlahan, memberikan peningkatan beransur-ansur gula dalam darah & tahap insulin.

Kebanyakan organisasi penjagaan kesihatan menggunakan sistem penarafan “tinggi”, “medium” & “rendah” untuk GI. Dengan menggunakan sistem ini, makanan diklasifikasikan secara berikut, dan shake Herbalife ditarafkan sebagai 15 – 20 yang berada dalam rangkaian GI Rendah


PENAFIAN : PRODUK INI TIDAK BERTUJUAN MENDIAGNOS, MERAWAT, MENCEGAH ATAU MENGUBAT MANA-MANA PENYAKIT








SUMBER : HERBALIFE HUB FEBRUARI 2015 JILID 2 


AHLI BEBAS HERBALIFE MALAYSIA

SHIMA : 017 3279436



ahli bebas herbalife, pengedar herbalife, herbalife malaysia herbalife soeharto, herbalife kuala kubu bharu, herbalife tanjung malim, herbalife sungai tengi, herbalife sungai besar, herbalife upsi, COACH PENGURUSAN BERAT BADAN, COACH HERBALIFE TERBAIK,