Sunday 1 March 2015

MAKLUMAT NUTRISI OLEH : SUSAN BOWERMEN



BAGAIMANA UNTUK MENCERGASKAN DIRI DENGAN MAKANAN?
   

     MAHU BERASA LEBIH CERGAS?
     UNTUK MEMANTAPKAN TENAGA & FOKUS
     MENTAL ANDA,
     ANDA PERLU MENGAMBIL MAKANAN YANG BETUL,
     PADA WAKTU YANG TEPAT.


Apabila anda berasa tenaga mentalanda semakin menyusut & pertuturan anda berasa kurang lancar, Cuba fikirkan semula
·         Bilakah kali terakhir anda makan?
·         Adakah anda minum dengan cukup?

Melangkau hidangan, hidangan yang tak seimbang, dan penyahhidratan,  kesemuanya boleh menyusutkantenaga & fokus mental anda. (Dan jangan lupa bahawa mendapatkan tidur yang mencukupi adalah sebahagian daripada keseimbangan yang perlu diambil kira juga)

Bagaimana apa yang anda makan memberi kesan kepada tenaga mental anda?
Apakah sebenarnya tenaga mental? Ia sebenarnya mempunyai beberapa ciri – termasuk mood/emosi keseluruhan anda, motivasi anda, di samping juga perhatian & fokus anda. Apabila tenaga mental anda menjadi ligat, diet anda berkemungkinan besar menyumbang kepada keadaan ini. Berikut adalah bahan-bahan renungan untuk ‘mencergaskan pemikiran’ anda.

Apakah yang perlu dimakan untuk memantapkan tenaga mental anda sepanjang hari?

·         Karbohidrat mentenagakan otak anda
Glukosa, yang diperoleh daripada karbohidrat dalam diet anda, merupakan satu-satunya “bahan bakar” yang secara lumrahnya menjadi makanan kepada sel otak anda. Selepas dicernakan semasa proses pencernaan, karbohidrat menyerap ke dalam aliran darah sebagai glukosa (“gula darah” anda).

Memandangkan otak anda aktif 24/7, ia mempunyai tuntutan tenaga yang tinggi – lebih tinggi daripada sel-sel lain di dalam badan anda. Dan, kerana sel otak  tidak boleh menyimpan glukosa, otak anda memerlukan bekalan yang berterusan. Makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran & bijian sempurna, mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan, menyebabkan glukosa dilepaskan secara beransur-ansur ke dalam sistem anda, & juga ke otak anda.

Sebaliknya, hidangan karbohidrat halus – seperti makanan berkanji, bergula – sebenarnya boleh memakan diri anda. Disebabkan makanan seperti ini dicernakan dengan pantas, anda akan mengalami kenaikan gula darah, yang selalunya diikuti dengan kejatuhan mendadak.



·         Otak anda memerlukan bahan bakar pada jangka masa yang tetap.
Memandangkan otak anda memerlukan sumber tetap glukosa, maka ia menjadi penting bagi anda untuk makan pada jangka masa yang tetap sepanjang hari untuk mengelakkan tenaga mental anda menjunam. Sasarkan untuk mengambil hidangan kecil & snek yang sihat setiap 3-4 jam.

·         Otak anda memerlukan sarapan.
Banyak yang telah diperkatakan mengenai kepentingan sarapan, dan memberi otak anda ransangan merupakan lagi satu sebab kenapa perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagiialah mentenagakan diri anda. Walaupun dalam keadaan tidur, otak anda terus bekerja sepanjangmalam, membakar bahan bakar, menyebabkab tangki “glukosa” hampir kosong menjelang pagi. Bantulah otak anda & mulakan hari anda berbekalkan sarapan seimbang dengan karbohidrat & protein yang sihat.

·         Protein yang terbaik untuk otak anda.
Walaupun otak anda tidak menggunakan protein secara langsung sebagai bahan bakar, ia menggunakan asid amino yang diperoleh daripada protein yang anda makan untukmenghasilkan kimia otak yang penting. Dopamin, kimia otak yang menggalakkan kecergasan & aktiviti otak diperoleh daripada tyrosina, asid amino yang ditemui dalam ayam, ikan, produk tenusu, kacang & bijian. Sementara serotonin, yang menggalakkan perasaan tenang & kepuasaan diperoleh daripada triptofan yang ditemui dalammakanan laut, produk-produk tenusu & kacang soya.

·         Minuman terbaik untuk otak.
Apabila badan anda ternyahhidrat, ia boleh memberi kesan kepada mood & tahap tenaga   anda. Penyahhidratan ringan mengurangkan kecergasan & kebolehan anda untuk menumpukan perhatian, & apabila anda akhirnya berasa haus, tenaga mental anda sebenarnya telah pun menyusut. Air ialah pilihan yang bagus, tetapi kopi & teh yang diambil secara bersederhana juga baik untuk anda. Minuman yang mengandungi kafeina boleh membantu dalam memfokus & menumpukan perhatian – tetapi dinasihatkan di ambil dalam jumlah yang sedikit. Anda perlu menghidrasikan diri dengan teratur, makan secara seimbang, & memantau respons anda sendiri kepada kafeina yang anda ambil. Jika ia membuatkan anda berasa gementar & menyebabkan anda berjaga pada waktu malam, anda perlu mengurangkan pengambilannya. Menggunakan kafeina untuk merangsang otak anda pada siang hari tidak berguna jika ia mengganggu tidur yang nyenyak pada waktu malam.







SUMBER : HERBALIFE HUB 11_2014



AHLI BEBAS HERBALIFE MALAYSIA


SHIMA : 017 3279436



coach herbalife malaysia, coach herbalife terbaik, coach pengurusan berat badan, herbalife selangor, herbalife soeharto, herbalife sungai tengi, herbalife tanjung malim, herbalife gedangsa, herbalife sungai panjang, herbalife slim river, herbalife upsi, cantik, sihat, diet seimbang, slim, nak gemuk, nak kurus, herbalife malaysia, herbalife kuala kubu bharu, herbalife kalumpang,



No comments:

Post a Comment